COUNTDOWN

Kerjaya

Bila dewasa, "nak jadi apa?", "apa cita-cita awak?" , merupakan soalan lazim yang sering ditujukan kepada murid-murid sekolah. Semua jawapan bermula dari pendedahan di alam persekolahan.

Unit Bimbingan dan Kaunseling bertanggunjawab sepenuhnya memberi penjelasan maksud pendidikan kerjaya, maklumat-maklumat IPTA dan IPTS, Latihan dan Kemahiran, Soal Selidik Minat Kerjaya dan sebagainya bagi memudahkan murid-murid mencapai 'Celik Akal' untuk menentukan masa depan masing-masing.




Inventori Kerjaya



UBK SMK Ringlet telah menggunakan Inventori Self Directed Search (SDS) sebagai salah satu cara bagi membantu murid-murid merancang kerjaya masa hadapan.

Prosedur Pelaksanaan :
- Pelajar akan membuat temujanji untuk berjumpa kaunselor.
- Pelajar diminta menjawab dengan tenang dan bertanya sekiranya ada soalan yang tidak difahami.

- Kaunselor akan menginterprestasikan jumlah markah atau keputusan yang diperolehi.



 Antara Program-program yang telah dijalankan ialah :

PAMERAN KERJAYA YANG DIJAYAKAN OLEH AHLI-AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SMK RINGLET SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH.

                               Timbalan PPD Cameron Highlands dan Naib Yg.                                
Dipertua PIBG memberi sokongan padu kepada
aktiviti Ahli PRS.




Ahli-ahli PRS SMK Ringlet menjadi Simbolik Model "Pelajar Universiti, Jurutera Perkapalan, Juruterbang, Hakim Mahkamah" dan Chef/Tukang Masak untuk memberi semangat kepada murid-murid SMK Ringlet memilih kerjaya masing-masing di masa hadapan.

Berdiri di sebelah simbolik "usaha tangga kejayaan"

Ahli-ahli PRS SMK Ringlet juga turut menjadi Model dan menerangkan kepada murid-murid mengenai cita-cita sebagai Angkasawan, Doktor dan Jurutera. 

Antara bahan-bahan pameran

Antara bahan-bahan pameran

Antara bahan-bahan pameran- maklumat jenis-jenis pekerjaan


Antara bahan-bahan pameran

            Kunjungan murid-murid SMK Ringlet ke Pameran  
           Kerjaya


                                                 Ahli PRS turut menghiasi meja Kantin Sekolah                
                                                                dengan maklumat kerjaya.
                                                     
"SYABAS AHLI PRS"  muncul sebagai JUARA Karnival Kokurikulum Sekolah


TAKLIMAT DAN PAMERAN KERJAYA DARI IPTS MALAYSIA




LATIHAN CHEF/TUKANG MASAK MUDA




Video Lawatan UBK ke Institut  Kraftangan Negara