COUNTDOWN

Pengenalan


Pelbagai definisi Bimbingan dan Kaunseling telah wujud. Bagaimanapun, kesemua definisi adalah bermatlamatkan ingin membantu klien supaya dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran, kerjaya dan sebagainya melalui usaha diri sendiri.

Bimbingan atau guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.

Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.

Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani,emosi atau sosial. Di peringkat sekolah, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya bolehdigolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Di dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Manakala kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.

Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya.



Salah faham Konsep Bimbingan dan Kaunseling

Konsep Bimbingan dan Kaunseling , kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu sesi yang digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan murid, menentukan punca kesalahan,memberi ajaran atau pun memaksa murid yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.







Konsep Bimbingan dan Kaunseling Yang Betul
Konsep Bimbingan Kaunseling yang betul ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya dan membimbing klien memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran, kerjaya dan lain-lain yang dihadapinya.





Objektif

OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:
1.1 Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
1.2 Kemahiran Belajar

2.0 Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
2.1 Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di                    
      institusi pengajian tinggi awam,swasta dan institusi latihan kemahiran.
2.2 Ujian psikometrik.

3.0 Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui :
3.1 Program psikososial
3.2 Program kesejahteraaan mental.

4.0 Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui :
4.1 Konsultasi keibubapaan
4.2 Kaunseling keluarga

5.0 Mencapai Sekolah Bebas Dadah dengan menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui :
5.1 Pendekatan Keluarga Cemerlang
5.2 Pembentukan Jati Diri Remaja
5.3 Sekolah Bebas Dadah

6.0 Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui :
6.1 Mengenal Diri dan Potensi Diri
6.2 Kemahiran Kepimpinan
6.3 Kehidupan Bermasyarakat
6.4 Penyelesaian Masalah




Visi Dan Misi




 MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Menguruskan progam dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
2. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
3. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dankaunseling.
5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

Piagam Pelanggan